Wednesday 24 November 2010

Wanita Solehah Itu....

                   
                                                Wanita solehah itu....
                                             Pergaulannya dipagari....
                                               Auratnya dijaga rapi...
                                              Sifat malu pengikat diri...
                                           Seindah hiasan di dunia ini....
                 
                                           Keayuan wanita solehah itu...
                            Bukan terletak pada pada kecantikan wajahnya...
                                          Kemanisan wanita solehah itu...
                                    Bukan terletak pada kemanjaannya...
                                           Daya penarik wanita solehah itu....
                              Bukan terletak pada kemanisan bicaranya...
                                          Yang menggoncangkan iman...
                  Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaanya bermain lidah...
                                                  Memujuk rayu.....
                                               Bukan sama sekali...
                        Kerana suatu hari ianya akan lapuk ditelan zaman...
                      TETAPI.... jaga dan peliharalah kecantikan dalaman...
                   Agar diri bersih dan sentiasa mendapat REDHA ILAHI...

                                               Wahai wanita...
                   Jangan berbangga dengan duniawi yang engkau kuasai...
                 Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu...
                                         
                                                Wahai wanita...
                    Jangan pula dikau berduka cita atas kekurangan dirimu...
                       Kerana ada lagi insan lain yang lebih malang darimu....
                         INGATLAH... semua yang menjadi ketentuannya...
                                   Adalah yang terbaik buat diri kita.....

 


Tuesday 23 November 2010

Cara Hidup Kita

Aku menulis lagi...
  
     Malam ini aku mengambil sedikit masa untuk bermuhasabah diri.. merenung kembali hikmah di sebalik penciptaan manusia.... kita ni lah... kadang-kadang kita tidak sedar, kita leka, kita lalui setiap hari yang mendatang tanpa berfikir akan tujuan utama kita diciptakan oleh yang maha pencipta... kita sibuk memikirkan masalah diri kita dengan makhluk ciptaannya dan mengabaikan DIA yang menciptakan kita.... erm... sedih....


     Semoga hati kita selalu dekat dengannya... apapun tindakan, lisan mahupun apa yang kita fikirkan... biarlah selari dengan syariat dan ketentuannya... Ingatlah... DIA sentiasa bersama kita... dekatnya DIA.. melebihi dekatnya manusia yang bergelar, ibu, ayah, keluarga, sahabat, dan saudara kepada kita... DIA setiasa mendengar, melihat bahkan mengetahui apa yang ada di dalam hati dan benak kita....... dekatnya DIA..... hehehe..dekat sangat.... sehinggakan apa yang terbaik untuk kita..  DIA ketahui... siapa lagi yang lebih memahami kita selainNYA? kita sendiripun kadang-kadang tidak memahami diri kita sendiri... huhuhu... siapa DIA?? (^_^) tahu x? tahu kan... hehehe




    Itulah ALLAH.... kekasih agung kita...kekasih yang sentiasa ada... kekasih yang tidak pernah berpaling daripada kita.... sebaliknya kita pula yang berpaling daripadaNYA.... na'uzubillahi minzalik... JANGAN...


 ya ALLAH... jangan palingkan hati kami daripadaMU ya ALLAH..... .... ...


     Setelah mengenaliNYA... barulah kita peka dengan cara hidup kita yang sebenarnya... kan2?? kita kenalah hidup dengan cara hidup yang diredhaiNYA...  ingat... islam adalah agama sebenar di sisi ALLAH... bersyukur sangat sebab kita dilahirkan dalam keadaan islam.... tapi, islam bukan sekadar agama tau... islam adalah cara hidup.. bila kita islam, kita perlu hidup dengan cara islam.. bukan yang sebaliknya... biarlah kita menjadi imej islam yang sebenar.. bersamalah kita pelihara agama kita.....




   Alhamdulillah.... inilah cara hidup kita.. (^_^)


Monday 8 November 2010

MENCARI KEKASIH

Wah... aku suka tajuk nie... harap-harap yang membaca pun suka gak dengan tajuk post aku kali ini.. hehehe

Nak dimulakan cerita, sebenarnya tajuk nie bukanlah saja-saja aku buat atau reka.. hujung bulan lepas, Biro kebajikan kolej kadiaman tempat aku 'stay' sekarang nie, telah menganjurkan "Ceramah Mencari Kekasih". Ustaz Anhar Opir yang sampaikan...

Ceramah nie memang bez... tengok tajuklah... sapa yang x tertarik kan... hehehe
malam ceramah nie, memang sangat meriah.. 'venue' jadi sesak.. ramai penghuni yang turun...
Alhamdulillah...ramainya hati-hati yang turun pada malam tu membuktikan yang 'kami'(pnghuni kolej) ada naluri ingin tahu... semoga naluri 'ingin tahu' nie akan dilestarian bersama dengan naluri 'mahu'... mahu untuk buat apa yang telah ditahu... (faham x? kalu x, baca sekali lagi...(^_^) hehe)

Erm... Jom mulakan perkongsian... ( hadiah 'special' bwat yang membaca) sekadar perkongsian apa yang telah aku dapat malam 2..

Dalam mencari cinta dan kekasih, jangan kita disibukkan dengan memikirkan untuk 'membuat pilihan' sebaliknya fikirkanlah jalan yang kita pilih untuk mendapatkannya.. Adakah jalan yang kita pilih betul atau sebaliknya..? adakah jalan yang kita pilih adalah jalan yang sebenarnya dalam mendapatkan cinta yang hakiki...

Cinta tidak salah selagi mana cinta yang dizahirkan atau tidak itu tidak melebihi cinta kita kepada ALLAH, Rasulullah dan Jihad untuk Islam..  Dalilnya.. jom buka surat cinta dari ALLAH.. surah al-taubah 9:24..
"Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada ALLAH, dan Rasul-NYA, dan Jihad untuk agama-NYA, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusan-NYA(azab seksa-NYA) kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasiq(derhaka)." ...Allahuakbar.. begitulah surat cinta-NYA.. bertapa DIA sayang dan cinta kepada kita... DIA memberikan petunjuk yang jelas bagaimana untuk kita melestarikan cinta... hehehe.. Alhamdulillah..

Kesimpulannya, Jom cari kekasih!!! hehehe.. apa yang paling penting sekarang nie.. kita kenalah susun kekasih kita mengikut 'ranking' yang betul....... (^_^)

Ranking Cinta...
1. ALLAH swt
2. Rasulullah saw
3. Jihad ke jalan ALLAH
4. Manusia
5. Lain-lain

Sekian. Salam sayang kerana ALLAH buat yang membaca....

Aku mula menulis...

Macamana nak mula nie? dari semalam asyik terfikir.. nak tulis apa ha? sebelum ada blog hari 2, macam-macam idea ada.. kalu nak cerita sekarang, rasanya post ku kali nie akan meleret  hingga 750 patah perkataan(ala-ala eseiku masa SPM dulu! hehehe)

Apa sebenarnya yang buat aku berat mo menulis nie? (nak tahu x?)
Sebabnya aku risau kalau-kalau blog ini akan buat aku leka, lalai dan terpesong dari niat asal untuk berkongsi.. kongsi ilmu dan pengalaman.. kepada yang tengah membaca warkahku kali ini, doakan aku ya! hehehe.. kalu, tidak menyusahkan, ingat-ingatkanlah aku bila aku terlupa atau bila penulisan aku agak terpesong ... (tunjuk ajar daripada kalian sangat aku perlukan memandangkan aku memang insan lemah yang perlu sentiasa diingatkan).

salam sayang  kerana ALLAH buat yang membaca . terima kasih.

Sunday 7 November 2010

Watikah perasmian...


Dengan lafaz mulia disertai tekad dan niat mengharapkan redha ilahi....
blog ini dengan rasminya aku aktifkan.... (hehehe)

ALHAMDULILLAH..
 Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat, doa kudus buat keluarga, sahabat-sahabat, pendidik-pendidik dan juga kenalan yang aku kasihi kerana ALLAH.. Semoga hati-hati kita sentiasa dalam payungan rahmat yang maha kuasa..

ALHAMDULILLAH..
diri diberikan nikmat dan kesempatan untuk membuat blog sendiri.. terima kasih buat kak hafiza yang banyak memberikan tunjuk ajar dan galakkan untuk aku memulakan penulisan di blog ini.(sayang kak aa)

Harapanku dengan adanya blog ini, aku akan dapat meningkatkan jati diriku sebagai hamba ALLAH...
blog ini juga akan menjadi kayu ukur untuk aku meningkatkan kefahamanku tentang erti hidup yang sebenarnya.....
hidupku sebagai hamba ALLAH..
hidupku sebagai umat Muhammad s.a.w..
hidupku sebagai anak kepada ibu bapa..
hidupku sebagai ahli kepada keluaraga..
hidupku sebagai sahabat...
hidupku sebagai anak didik..
hidupku sebagai anggota kepada masyarakat..
hidupku sebagai bakal pendidik...
hidupku sebagai bakal isteri..
hidupku sebagai bakal ibu..
hidupku dan hidupku... (wah... nak sambung lagi ke? hehehe..)
insyaALLAH kefahaman ini akan kita eksplore bersama.. selagi mana diri ini diberikan kesempatan hidup di muka bumi ALLAH yang maha fana ini..

Benarlah apa yang pernah dikatakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal..
"Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan.... Perjuangan mukmin sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya telah menginjak pintu syurga..." (insyaALLAH sama-samalah kita berusaha untuk menjadi mukmin sejati...)

erm.. sekian saja buat post watikah perasmian pengaktifan blog nie... (hehehe)
Terima kasih sebab membaca..