Saturday 25 June 2011

Siang...

siang..
terasa berlalu dengan pantas..
tidak terjengah dengan mudah..
tidak terzahir dengan semena..
berlalu dengan menggamit pelbagai rasa..

siang...
perginya dengan tenang..
meninggalkan aku bersendirian...

siang...
aku ingin menjadi sepertimu...
sentiasa tenang walaupun terpaksa datang dan pergi setiap hari...
setia memegang amanah yang diberi oleh sang kekasih.. 

siang...
berikanlah aku peluang memanfaatkanmu sepenuhnya..
didiklah diri ini untuk menghargaimu tanpa mengira waktu dan ketika..
jadikanlah aku sebagai hamba yang amanah dan setia sepertimu..



Saturday 18 June 2011

KU INGIN MENJAGA AMANAHMU...

...

Ku ingin menjaga amanahmu......
Lantas ku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku
Agar aku tidak menjadi fitnah kepada insan yang bergelar lelaki...


Ku ingin menjaga amanahmu......
Lantas ku berusaha melengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Untuk dapat ku membezakan
Antara yang benar dan salah
Agar ku bijak dalam merasionalkan setiap tindakan...

Ku ingin menjaga amanahmu.......
Lantas aku berusaha untuk menghadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku
Agar di hari depan engkau redha-seredhanya kepadaku...

Ku ingin menjaga amanahmu.......
Lantas aku menjaga diriku
Daripada melakukan dosa antara sedar ataupun tidak
Agar terhindar dari kemurkaan KEKASIH AGUNG kita...
 
Ku ingin menjaga amanahmu.......
Kerana aku sedar bertapa kudus kasih yang ku simpan untukmu..
Dan aku tak mahu engkau terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku..
 
KU INGIN MENJAGA AMANAHMU.....

Friday 17 June 2011

Hati......

YA ALLAH... 
Demi kerana cinta dan amanahmu.. 
Bantulah aku ya ALLAH...
 Bertapa lemahnya diri ini... 
Pelbagai ujian yang KAU berikan.. ku terima dengan redha ya ALLAH..
 Mana mungkin aku pertikaikan setiap ujian MU..
Kerana ku tahu itu adalah bukti Cinta MU kepadaku....
 Pedih..... Sakit.... lemah.... mahupun luluh hatiku...
Tidak wajar ku nilai setaraf dengan Nilai sebenar cinta MU...
Kuatkan hambamu ini ya ALLAH............
Permudahkanlah segala urusanku dan sahabat-sahabatku.. 
Ikatlah hati-hati kami dengan serat-eratnya demi cinta kepadamu ya RABB...