Friday 25 November 2011

MENCARI DAMAI...

DAMAI YANG DICARI.. AKAN HADIR TANPA KITA SEDARI.. 
USAH RAGU PADA YANG MENGASIHI.. 
KERANA CINTANYA PASTI MENDAMAIKAN HATI...


YAKINLAH DENGAN JANJINYA... DIA MENCINTAI ORANG-ORANG YANG MENCINTANYA... (^_^)




TIPS UNTUK MERAIH CINTA ILAHI

Ibnul Qayyim Rahimahullah menyebutkan beberapa hal di dalam kitab beliau Madarijus Salikin , tahap-tahap menuju wahana cinta kepada Allah adalah seperti berikut:


1) Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.
“Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”. 





2)Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat, setelah mengerjakan ibadah-ibadah wajib.
Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunat, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. 

3)Terus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.
Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikirnya kepada-Nya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.
Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.

4)Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.
Melebihkan cinta kepada Allah daripada cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh makhluk dan harus menempuh berbagai kesulitan.

5)Merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.
Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah.


6)Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir mahupun batin akan mengantarkan kita kepada cinta hakiki kepada-Nya.
Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah SWT. 

7) Menghadirkan hati secara keseluruhan semasa melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya inilah yang disebut dengan khusyu’.
Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengantarkan kepada cinta Allah yang hakiki.

8)Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir.
Di saat itulah Allah SWT turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an) dan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.


9)Bergaul bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin. 



10)Menjauhi segala sebab yang dapat menghalang komunikasi antara dirinya dan Allah SWT.
Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya.

Ibnul Qayyim mengatakan bahawa "kunci untuk mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati."





RujukanMadaarijus Saalikin3/ 16-17, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, terbitan Darul Hadits Al Qohiroh

Wednesday 23 November 2011

CINTA (^_^)



Cinta.. usah biar hatimu gelisah memikirkan cinta dunia wahai diri yang lemah... tumpukan cintamu pada DIA yang satu...
hehehe.. (^_^)

Sedang asyik mentaddabur Al-Quran, terjumpa satu ayat yang membuatkan aku berfikir sejenak bahawa wajib bagiku untuk berperang dengan perasaan hati yang Rapuh nie. Aku tidak boleh beri kemenangan pada syaitan dalam peperangan ini. Surah Al-Baqarah, ayat 216:

”Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” 


ALLAH... Bantu aku untuk menggapai cintaMU.....

Sunday 13 November 2011

KEJAYAAN...

      

Beberapa anak kunci kejayaan Rasulullah SAW dalam memimpin umatnya.....  di antaranya ialah:

* Perwatakan dan keperibadian baginda yang

cemerlang

* Akhlak baginda yang tinggi dan terpuji

* Kesesuaian percakapan dengan perbuatan

baginda

* Kebijaksanaan dalam segala tindakan baginda.


UNTUK KITA.. (^_^)


hurm.... betul la kata-kata dalam gambar nie... marilah kita berusaha untuk merendahkan hati kita  serendah mutiara di lautan..


Mutiara kan sangat berharga... suka sangat.. teringin nak jadi mutiara.. 


Mutiara agak sinonim dengan wanita solehah... sekadar perkongsian... nukilan untuk wanita Solehah ->


Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama...... (^_^)


Friday 11 November 2011

CABARAN 6 PERSIMPANGAN.. Salam Mujahadah!!!


MANUSIA BERDIRI DI DEPAN ENAM PERSIMPANGAN

1. Iblis berada di depanmu, jiwa di sebelah kananmu.
2. Nafsu di sebelah kirimu dan dunia berada di belakangmu.
3. Semua anggota tubuhmu berada di sekitar dirimu, sedangkan Allah di atasmu.
4. Maka iblis mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat.
5. Nafsu mengajakmu supaya memenuhi kehendak syahwat dan dunia mengajakmu supaya memilihnya daripada akhirat.
6. Anggota tubuh mengajak untuk melakukan dosa dan TUhanmu mengajak engkau memasuki syurga serta mendapatkan keampunanNya.


Sebagaimana firmannya yang bermaksud:
" Dan Allah mengajak ke syurga serta menuju keampunanNya".

(^_^) Sesiapa yang memenuhi ajakan Iblis, maka hilang agama dari dirinya.
(^_^) Siapa yang memenuhi ajakan jiwa maka hilang darinya nilai nyawanya.
(^_^) Siapa yang memenuhi ajakan nafsunya, hilanglah akal dari dirinya.
(^_^) Siapa yang meemnuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga 

         dari dirinya.
(^_^) Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah Rabbul Jalil, maka hilanglah   

         dari dirinya semua jenis kejahatan, serta memperolehi semua kebaikan.


Salam Mujahadah... Marilah kita berusaha sebaiknya memenuhi segala tuntutanNYA.... Menjadikan islam sebagai cara hidup sepenuhnya....

MUTIARA KATA






Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.





(www.iLuvislam.com )

WASILAH MENGGAPAI CINTA ILAHI


Merenung dan berfikir sejenak....

Marilah kita sama-sama merenung dan memahami sepenuh hati ingatan dari ALLAH SWT sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-NYA?

tuhibbunallah.JPG

“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

-> Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.
-> Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-NYA.
-> Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.
-> Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.


Inspirasi drpd : Saifulislam.com

Thursday 10 November 2011

5 Wasiat Berguna ...




Sekadar perkongsian.. Marilah kita fahami dan renung-renungkan wasiat ini.. semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripadanya :

1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya ALLAH tidak menjadikan dunia ini untuk engkau
2.  Jadikan cintamu kepada ALLAH sebab tempat kembalimu adalah kepadaNYA.
3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

      ALLAH... bantulah jiwa-jiwa kami untuk mencapai redha-MU..

Wednesday 9 November 2011

LESTARIKAN IMPIAN MENJADI WANITA SYURGA...



wahai hatiku juga hati sahabat-sahabat hawaku... setiap kita mengimpikan yang terbaik.. terbaik untuk hidup di dunia juga di akhirat...
hidup kita adalah pilihan... kitalah yang memilih bagaimana hendaknya kita jalani hidup ini... kita mampu.. kita boleh.. samalah-samalah kita berusaha untuk menjadi wanita SYURGA... Usaha... insyaALLAH.. 
sedikit perkongsian berkenaan dengan ciri-ciri Wanita syurga..
1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh
Sumber Artikel : majalah.iluvislam.com

Monday 7 November 2011

UJIAN

SESEKALI KITA AKAN DIUJI...
inspirasi sebuah lagu..


Apa jua bala bencana yang singgah menerpa kamus kehidupan kita.. ianya sebenarnya bertujuan untuk Menguji sejauh mana besarnya kesabaran kita... ianya juga tidak lain bertujuan untuk menguatkan hati kita..Mungkin juga selama ini kita terlupa dan terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya..Maka ALLAH mengurniakan kita sedikit ujian bagi membuktikan tahap keimanan yang telah bertapak dijiwa.. lazimnya, Bila kita menghadapi kesusahan, Terasa hidup terlalu payah.. kita menjadi lemah dan tidak berdaya.. pastinya, Berbagai-bagai persoalan yang akan menerjah kotak fikiran dan minda.. pada masa itu, kita akan berusaha merungkai segala kekusutan dengan meminta pertolongan berupa petunjuk hidayah daripada maha pencipta.. ALLAH... DIA tidak pernah jauh dan sentiasa menjadi pendamping setia kita... begitulah Kasih ALLAH kepada kita.. Jadi, wahai diri dan juga sahabat-sahabatku.. Usahlah kita berputus asa.. Kuatkan diri dan hati.. Kerana pastinya ada rahmat disebalik ujian yang kita lalui Yang masih tidak kita ketahui Dalam hidup ini..
Teruslah berdoa Pada Allah yang Pengasih…Pemurah dan Penyayang

I LOVE ALLAH.. (^_^)