Sunday 17 April 2011

Salam Imtihan..



Assalamu'alaikum... 


        Agak lama juga aku tinggalkan ruangan nie.. sebenarnya sekarang nie kampus aku baru saja memasuki musim peperiksaan.. masing-masing sibuk menelaah buku sebagai pecutan terakhir untuk menduduki paper masing-masing... hehehe.. aku plak? tetiba teringat kat blog nie.. actually, aku start menulis kat blog nie pun masa musim-musim exam.. kiranya da hampir satu semester jgakla  aku tinggalkan blog nie??? yaka?? lamanya.... heheee


      takpalah.. hari nie aku tulis lagi.. sebenarnya nak ucapkan salam imtihan untuk rakan-rakan seperjuangan yang ku kasihi....... hehehe.. doaku semoga kita sama2 menjadikan imtihan atau ujian ini sebagai kayu untuk kita menilai diri masing-masing.. 


     masa nie la kita tahu sejauh mana kefahaman ilmu yang telah kita perolehi sepanjang satu semester pengajian.. betul x? harap2 betul la yea.. nak kongsi sikit.. dua hari yang lepas  ada ceramah kat kolej, motivasi untuk menghadapi exam... seronok dengar ustaz tu bercermah..
satu pesan yang melekat di hati.. betulkan niat.. jangan niat belajar untuk exam. kita perlu belajar untuk belajar sesuatu. set kan di minda yang kita belajar untuk tahu sesuatu. proses menjadi orang berilmu.. hehehe.. 


     contohi para sahabat.. walaupun tanpa "Peperiksaan" mereka mampu menjadi ilmuan terkemuka dunia.. kenapa? kerana mereka menuntut ilmu kerana ALLAH dan kemuliaan Islam......


     salam perjuangan!!