Wednesday 26 December 2012

Sampai ke bintang..


Pagi yang Cerah.. Hati dihujani perasaan indah dengan nikmat Islam, Iman, Kasih Sayang, kesihatan, persahabatan dan banyak lagi yang mana jika dihitung-hitung sememangnya tidak akan terkira banyaknya..
Meskipun harus digadaikan dengan seluruh apa yang di bumi nescaya tidak akan mampu menjadi galang ganti kepada segala nikmat yang telah ALLAH swt kurniakan kepada kita. Alhamdulillah.. Megenangkan setiap episod hidup bersama-sama dengan teman dan rakan sepermainan.. sungguh kenangan bersama mereka telah menjadi bab-bab penting dalam kamus hidupku.. Jika mampu, ingin ku luahkan kata keramat... ku ingin ukhuwah ini sampai ke bintang!!



Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita




Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

ku ingin mereka tahu..

Tuesday 25 December 2012

Satu langkah ke neraka..

Satu kata keramat.. "Neraka" cukup menggetarkan hati... 

Teringat kepada bait syair Imam Al-Ghazali.:
Wahai tuhan.. Ku tak layak... Ke syurgaMU..
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU.......


 
ALLAH adakah amanah yang kupikul ketika ini merupakan anugerah ataupun bencana bagiku...

Dari Abu Ya'la iaitu Ma'qil bin Yasar r.a, katanya:"Saya mendengar Rasululllah saw brsabda:

"Tiada seorang hambamu yang diserahi oleh Allah untuk menggembala suatu penggembalaan, yakni memimpin sesuatu ummat atau bangsa, lalu ia mati pada hari kematiannya, sedang di kala itu ia dalam keadaan menipu pada penggembalaannya , melainkan Allah mengharamkan padanya untuk masuk syurga"

Aku redha dengan ketentuan ilahi... aku tahu ini lah yang terbaik untukku..
Hari ini aku jadi apa adanya atas perancangan yang maha kuasa.. Namun, sejauh mana mampu aku bertahan memelihara amanah yang diberi ini.. Sejauh mana aku mampu menjadikan amanah ini menjadi ibadah terbaik untuk ku persembahkan kepada yang maha esa.. Seringkali bermain dibenak.. sudahkah aku melakukan yang terbaik.. Kenapa sering kali perancangan ku tidak menjadi seperti yang telah aku rancangkan.. masih mencari solusi terbaik dalam setiap tindakan.. Bisikan hati menjadikan aku kadang2 kuat dan lemah.. Betullah.. semakin kita terikat dengan dunia.. semakin dunia menjadi yang sering kita fikirkan.. semakin hati kita terasa hilang dan KOSONG.. namun.. seringkali ku bisikkan di dalam hati.. ALLAH adalah tujuan dan matlamat utama.. apa-apapun masalah dan ujian yang kita tempuhi.. Kembalikanlah semuanya kepada pemilik segala-galanya.. ALLAH..


Aku ingin kuat... 


Sunday 25 November 2012

Hari Ini dan Semalam



Hari ini dan semalam tersirat seribu satu saham yang menjadikan siapa kita satu hari nanti. Apa yang berlaku saat dan detik ini adalah pelaburan yang naik dan turunnya akan menjadi bekalan untuk kita bawa bertemu sang kekasih yang abadi. Bukan sekadar bekalan, ianya juga adalah pembentuk peribadi kita pada masa hadapan. Sedar atau tidak setiap gerak geri kita sentiasa diperhatikan. saham-saham yang kita kumpul setiap hari ada hamba ALLAH yang sangat amanah mencatatnya. Tiba-tiba terdetik di hati, Saat buku catatan amalan ku dibuka nanti.... hurm...... ada kata yang tidak mampu terluah dengan bicara,, fikiran melayang sejauh-jauhnya... Subhanallah... Maha hebat kekuasaanmu...

Kuselak satu persatu lipatan memori yang berlaku hari ini dan semalam... ternyata aku kini telah melangkah terus tanpa henti meninggalkannya menjadi kenangan... Siapa aku hari ini, Siapa aku satu ketika dulu... Siapa aku akan datang... Tidak pernah sama. Maha hebat DIA yang telah menjadikannya kita sentiasa berbeza dengan yang lainnya... ALLAH juga sebaik-baik pengatur... 

Thursday 20 September 2012

Jatuh Cinta lagi..


JANGAN IZINKAN AKU JATUH CINTA ANDAI MASANYA BELUM TIBA LAGI..

Untuk perkongsian bersama.. artikel yang terkesan di hati... Semoga pada saat CiNta itu datang.. Cinta kita telah kukuh dan utuh kepada ALLAH dan rasulullah.. Amin..


Ya Rabbana..peliharalah para mujahideen dan mujahidah Islam yang berjuang di jalan-Mu..
daripada sisa-sisa dan dosa kemaksiatan yang tercalit pada hati-hati kami..

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Amiin..

Sumber: http://www.iluvislam.com/

Monday 18 June 2012

ErmMM.... Untuk "dia"??????

Assalamu'alaikum.... Teristimewa buat dia yang tercipta untukku.... (^_^)
        Jari terasa kekok untuk memulakan entri nie.. hahaha... hari nie tambah beberapa label untuk 'post-post' blog.. salah satunya ialah label untuk "dia"... entri-enti yang akan datang dgn label ini adalah untuk "dia" semata.. andainya insan lain yang membaca.. moga-moga kalian juga dapat sesuatu daripadanya. mungkin boleh menguatkan kasih dan cinta pada c "dia" pemilik cinta kita selepas ALLAH dan Rasulullah... mungkin juga boleh memberikan motivasi pada insan yang masih menanti kehadirannya.. Usah gundah duhai hati.. ALLAH pasti memberikan yang terbaik untuk kita...

       Semoga langkah pertama ini diiringi dengan restu dan redha ilahi.. Jauhkan kami dari kemurkaan mu ya ALLAH.. peliharalah hati kami agar sentiasa "segar" dengan cinta kepadaMU dan Rasulullah... ruangan ini tiada lainnya hanya untuk memberikan sedikit waktu untuk aku melabuhkan cinta dan doa untuk insan yang telah ENGKAU ciptakan untukku dengan cara yang sebaiknya.. aku tidak mahu luahan kalbu ini aku labuhkan kepada insan yang salah atau tidak sepatutnya.. (latih diri untuk lebih bersedia menerimanya dengan sebaik-baik penerimaan...)
       Semoga "dia" kelak x letih untuk membaca entri2 yg sememangnya hanya untuk "dia". InsyaALLAH entri-entri dalam label ini akan kutapis sebaiknya dan hanya memuatkan entri2 yg perlu sahaja. Selebihnya will be kept and publish live to him only after akad... (^_^)
       Rasional kenapa aku meng'ada'kan label ini :
1) 1 pemberian @ hadiah untuknya : untuk dia tahu ap yg aku pernah fikir tntang "dia"
2) Elak diri dari terjebak dengan perkara yang boleh mengundang kemurkaan tuhan
3) Elak diri dari mengkhianati setiap haknya yang sememangnya hanya untuk dia. Jaga untuk dia. :-)

Saturday 9 June 2012

Suka No. 7!!! (^_^)

Setiap orang ada favourite number  masing-masing... akupun ada jugak.. suka sangat dengan nombor nie.. Orang lain mungkin suka sesuatu nombor tu sebab nombor tu ada kaitan dengan tarikh lahir, bilangan adik beradik, bilangan jari kaki dan tangan atau yang sewaktu dengannya... ish2.... uniknya manusia.. hihi..
aku plak???? suka NO.7... bukan sebab no nie no beckam tau.. tapi memang aku suka no nie...



Sebab lain kenapa aku suka nombor nie... Sebabnya ada rahsia agung antara Sang KEKASIH dengan nombor nie... tidak mampu terungkai dengan akal nan sejengkal.. tidak juga terbongkar dengan ilmu yang hanya ada di dalam buku mahupun kitab semata.. Hanya DIA yang tahu.. ALLAH swt...

buktinya:

ALLAH jadikan perjalanan hidup manusia dengan 7 alam..
ALLAH jadikan langit dan bumi dengan 7 lapisan
ALLAH jadikan hari sebanyak 7 hari seminggu..
ALLAH jadikan air muthlak dengan 7 jenis..
ALLAH jadikan Syurga dan neraka dengan 7 tingkatan..
ALLAH mensyariatkan beberapa rukun haji dengan melazimkan no. 7..
7 pusingan tawaf.. Bersa'i 7 kali.. 7 batu bagi setiap balingan semasa lontaran Jamrah al-aqabah, ula dan Wusta..
7 anggota solat yang wajib disempurnakan semasa sujud sebagai syarat sah solat,

Mudah kata, kebanyakkan ibadah mahupun ciptaanNYA selalu ada kaitannya dengan No.7.... hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di sebalik nombor ini. hikmat dan rahsia ni pula memang sewajarnya dikembalikan kepada kita.. ALLAH menciptakan 7 perkara dan menghiasinya pula dengan tujuh perkara.. saling melengkapi dan sempurna tanpa sebarang cacat ataupun cela.. bukti kebesaran ALLAH bagi insan-insan yang berfikir. Sempurnanya zat Maha Pencipta..


ALLAHUAKBAR... Segala puji hanya untukNYA...


Thursday 7 June 2012

PeNgAkUaN


yang maha dekat.. dekat di hati dan selalu ada.. Ada untuk kita.. Kita??? adakah kita selalu ada untukNYA...?

dekatnya DIA umpama dekatnya jarak urat diri sendiri... kasihnya DIA melebihi kasih Ibu sendiri.. Tahunya dia  kerana dialah pengatur dan perancang ciptaannya sendiri.

Kenapa diri selalu terleka... kenapa diri sering teralpa.. Kenapa diri kerap kali terlupa..
PENGAKUAN sang penggoda.. janjinya untuk menyesatkan kita hinggalah ke akhir dunia..

Jom kita usaha bersama-sama!! ingat janji ALLAH sentiasa bersama kita... baca dan fahami PENGAKUAN ini dan sama-samalah kita bertindak memilih jalan yang selayaknya untuk diri kita sendiri..



Surah Ibrahim 14:22
Dan SYAITAN berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan,"Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya.Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, Oleh sebab itu janganlah engkau mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan ALLAH) sejak dahulu." Sungguh orang yang zalim akan mendapat siksa yang pedih.


Pengakuan ini tercatat dalam surat cinta ALLAH kepada kita. sedangkan Syaitan sendiri tidak membenarkan perbuatan kita mendua atau menyamakan sang pencipta dengan lainya. Jangan biarkan diri kita termakan hasutannya.. jangan kita biarkan diri kita melakukan ajakkannya...


Kukuhkan benteng akidah. rebutlah cinta ALLAH dengan menjauhi godaannya. tujuan sang penggoda tiada lain hanya untuk menjadikan kita sesat sepertinya.. Kita x mahukan......

ALLAH pesan dalam surah Al-A'raf 9:200
Dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah dengan ALLAH. Sungguh DIA Maha Mendengar, Maha Mengetahui.


P/S selain dengan tindakan, lazimkanlah lidah kita untuk mengucap :


Aku berlindung kepada ALLAH daripada gangguan syaitan yang direjam..



Thursday 24 May 2012

UntUk Apa RaSA iNi..




Aku tiada apa melain ENGKAU yang menjadikan aku ada apanya...
seadanya aku dengan kurniaMU..

Aku lemah tanpa rahmat kekuatan yang ENGKAU berikan kepadaku..
Aku tidak berdaya tanpa tenaga yang ENGKAU berikan kepadaku..

Ilmu ini ilmu MU.... Harta ini harta MU... Nyawa ini nyawa MU...
Semua adalah milik MU...

Andai ENGKAU takdirkan semuanya bukan milikku...
Maka tiadalah Sesiapapun yang mampu memberikannya kepadaku...
Namun YA ALLAH... aku memohon kepadaMU dengan sepenuh harap..
Jadikanlah semua itu mampu ku genggam dalam tapak tanganku YA ALLAH..
Agar aku tegar menjadi Hambamu sebaiknya yang sentiasa taat padaMU... Khalifah sebaiknya untuk diriku dan pimpinanku... Anak Solehah untuk kedua ibu bapaku.. adik berjasa kepada semua adik-beradikku.. Sahabat berguna untuk sahabt-sahabatku.. anak didik terbaik untuk para murabbiku...
Semua ini hanya untukMU ya RABB....

Seadanya aku... Hanya untukmu...
Dan tiada yang lain selain ENGKAU tempat aku meminta dan berdoa..
Kuatkan kami yang Sentiasa teruji dengan emosi sedih yang meluluhkan sang jiwa dan raga..


Monday 14 May 2012

Miliki Tuhan...

Marilah kawan-kawan...
Mengagungkan Tuhan...
Melalui sembahyang, zikir, puasa dan baca Al Quran..
Tuhan adalah segala-galanya...
Kerana segalanya adalah ciptaan Tuhan..
Kehilangan Tuhan...
kehilangan seglanya...
Mendapat Tuhan...
mendapat segala-galanya...
Marilah kita miliki Tuhan...
Agar segalanya kita miliki..
Memiliki Tuhan.. 

Memiliki segalanya...
Kehilangan Tuhan...
tiada erti segalanya...
Kerana segalanya bila-bila masa diambil Tuhan...
Kehilangan segalanya tidak mengapa...

Jangan sampai kita kehilangan Tuhan..
Segala yang kita miliki tiada gunanya...
Milikilah Tuhan... 
DIA kekal abadi...
Penyelamat kita dunia akhirat..

Segalanya selain Tuhan akan binasa....
Dia tidak akan dapat menyelamatkan kita...
Cintailah ALLAH dan agungkanNya....
Syukurilah Dia kerana nikmat dan rahmat-Nya...
Sabar atau redhalah...
Diatas ujian-Nya Kerana...
Ada didikan dan hikmah kepada kita...


Monday 7 May 2012

BAHAGIA KAH..


Pilihan... yup.. bahagia tu memang pilihan.... kalu fikir dengan skop yang lebih luas, hidup juga adalah pilihan.. kitalah yang bertanggungjawab terhadap pilihan hidup yang menentukan siapa kita sekarang. Nikmat dalam membuat pilihan nie hanya ALLAH berikan kepada manusia... tidak kepada ciptaan yang selainnya.. alam yang terbantang luas sentiasa tunduk kepada ALLAH tanpa syarat atau pilihan.. orbit.. angkasa raya.. laut... neutron dalam badan manusia.. dan byk lagi lah.. semuanya patuh kepada ALLAH.. betul kan... ALLAH sayang kita lebih... sebab 2 DIA bagi kita pilihan... hehehe.. alhamdulillah.. semoga pilihan kita sentiasa berserta dengan redhaNYA...

Jadi.... untuk post kali ni.. jom sama2 kita buat pilihan untuk bahagia.. bahagia dengan membuat pilihan mengamalkan kebaikan.. (^_^).. tips2 di bawah adalah petikan dari hadis dan ayat2 cinta daripada ALLAH swt... untuk awak dan saya... kita sama-sama amalkan ya..


Beriman dan beramal salih.
"Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan." (An-Nahl: 97)
Banyak mengingat Allah.
"Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu." (Ar-Ra'd: 28)
Bersandar kepada Allah.
"Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya." (Ath-Thalaq: 3)
Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
"Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar." (An-Nisa: 114)
Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
"Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: "Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu," akan tetapi katakanlah: "Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan," karena sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka amalan syaitan." (HR. Muslim)
Melihat "kelebihan" bukan kekurangan diri.
"Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
"Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih." (Al Insan: 9)



Saturday 10 March 2012

Moga iNI YanG TerBaIK..

Mata terpejam namun hakikatnya ia terbuka..
hati tenang namun hakikatnya ia dalam kerisauan..
telinga tertutup namun hakikatnya ia peka menangkap setiap kata di sekelilingnya..
mulut berbicara namun hakikatnya ia diam tanpa makna..


Masih Mencari..
masih menanti..
masih berharap..
terus berdoa....

ALLAH... layarkanlah bahtera menuju yang seru..
ALLAH... tunjukkanlah arah merentasi lautan dunia penuh mehnah tribulasi...
ALLAH... berilah petanda untuk perjuangan ini tidak terhenti di simpang berliku...
ALLAH... hanya padamu tempat bertatih... 
Andai terjatuh.. ku bangkit semula..
Andai lelah.. ku kuatkan semua..
Andai resah.. ku ingat segala..
Andai pergi.. ku pergi dengan niat menuju redha ilahi..


Moga Ini Yang TerBaiK...

Thursday 23 February 2012

Semua Kerana ALLAH


Apa gunanya mata, apa guna telinga
jika yang kau lihat, jika yang kau dengar
membuat Allah murka...


Apa gunanya mulut, apa gunanya hidung
jika yang kau ucap, jika yang kau hidu
menambah murka Allah...


Semua karena Allah, semua untuk Allah
apa artinya kita manusia tanpa redha-MU ya ALLAH


Apa gunanya tangan, apa gunanya kaki
jika yang kau buat, jika yang kau jalani
tanpa redha dari Ilahi...


Semua karena Allah, semua untuk Allah
Apa ertinya kita manusia tanpa redha-MU ya ALLAH..


ALLAH...ALLAH...ALLAH




Wednesday 22 February 2012

You'll be fine... (^_^)


Kesibukan yang bermanfaat.. mencari kekuatan melalui wajah-wajah mereka yang aku kenali dan sayangi kerana ALLAH.. semoga mereka kuat... dan sentiasa bersemangat..

Tiada yang lebih berkuasa selain DIA... Kita merancang.. DIA juga merancang....


Ayat Al Baqarah 216:

“…Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. “

Doa ayat 286, surah al Baqarah:

Wahai Tuhan kami....
Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. 

Wahai Tuhan kami....
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi. permudahkanlah segala urusan kami.. berilah kami hidayah dan tiupkan ketenangan pada hati-hati kami dalam menghadapi ujian yang mendatang.. KITA BUAT YANG TERBAIK..

Sunday 19 February 2012

Selamat Hari Ulang Tahun ke-57 Mak

mAK..
DengaN Sepenuh Hati... 
kU tumpahkan segala kAsih Padamu...

Jasamu teRLALU bEsaR.. 
tIDAK teRbALas Hanya DeNGAn Kata-katA mAHUpUN EMAs PermaTa..
EngkAUlaH yaNg  tERBAIk UntuKku.
DaN AnakMu iNi Akan BeRusaHa uNTuK jADI yANg TerbaIk UntUkmu...

mAK....
 Ku TiTip PadA DesiR aNGIN...
SamPaIkaN rINdU dAN KasiH KU pADaMu..
pEsAnaN DArI kEjaUhan Moga DiSamPAIkAN TeRus Ke daSaR hATiMu..
SuNGGuh AkU RiNDu...

mAK..
Ku tITIp PaDa AwaN..
bAwAlah NyAMan Dan KuDUs CiNta KU pADAmu..
deNgan SePENUH harAP mEmINTA agar aL khALiq MembeNaRkanYa Untuk MeNyElIMuTImu DEngan KeNYAManAN dAn KeTEnaNGAn YaNG bErPaNJAngaN..
SunGguh KASihkU PadAmu menGGunUNg TInggI..

mAK..
KuTiTiP pADa LaNgit... 
SeJukkAn hAtI DaN dIRImU..
dAmaILaH eNgKaU mEnyuSuri HaRI dEngAn PenuH SeMaNgaT..
SeMOgA KaU kUat MeNGhaDaPi sEtIap UjIaN daN dUGAAn yAnG MeNdAtAng..

mAK..
DoAmu MemBerIku SemangAT..
sEmAngAT uNtuk Ku TeRus bErAdA Di SiNi...
TeRiMa KaSiH mAk...

SeLAMAT haRi UlAng TaHUn Ke 57 TaHUn...

Saturday 18 February 2012

My Mother..


Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father


Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)


Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother..


Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother

LOVE U MAK...   (^_^)

Friday 17 February 2012

MUST STRONG (^_^)


I know I’m waiting 
Waiting for something 
Something to happen to me 
But this waiting comes with 
Trials and challenges 
Nothing in life is free 
I wish that somehow 
U will tell me out aloud 
That on that day I’ll be ok 
But we’ll never know cause 
That’s not the way it works 
Help me find my way.. 

My Lord...
show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong..


Monday 13 February 2012

Menanti.....

Dalam keriuhan pagi yang indah.... 
Terasa hari semakin malap saat ke saat.... 
akankah ini berterusan???
hati terasa lain... ish2.. lain... haha..
mungkinkah ia disebabkan  penantian yang sekian lama terpendam di lubuk hati yang gersang... 
menanti untuk bertemu mereka..
mereka.....
wajah-wajah yang selalu ku rindukan..


Ujian dalam menanti..........
hihihii... 


Hari yang cerah...