Tuesday 25 December 2012

Satu langkah ke neraka..

Satu kata keramat.. "Neraka" cukup menggetarkan hati... 

Teringat kepada bait syair Imam Al-Ghazali.:
Wahai tuhan.. Ku tak layak... Ke syurgaMU..
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU.......


 
ALLAH adakah amanah yang kupikul ketika ini merupakan anugerah ataupun bencana bagiku...

Dari Abu Ya'la iaitu Ma'qil bin Yasar r.a, katanya:"Saya mendengar Rasululllah saw brsabda:

"Tiada seorang hambamu yang diserahi oleh Allah untuk menggembala suatu penggembalaan, yakni memimpin sesuatu ummat atau bangsa, lalu ia mati pada hari kematiannya, sedang di kala itu ia dalam keadaan menipu pada penggembalaannya , melainkan Allah mengharamkan padanya untuk masuk syurga"

Aku redha dengan ketentuan ilahi... aku tahu ini lah yang terbaik untukku..
Hari ini aku jadi apa adanya atas perancangan yang maha kuasa.. Namun, sejauh mana mampu aku bertahan memelihara amanah yang diberi ini.. Sejauh mana aku mampu menjadikan amanah ini menjadi ibadah terbaik untuk ku persembahkan kepada yang maha esa.. Seringkali bermain dibenak.. sudahkah aku melakukan yang terbaik.. Kenapa sering kali perancangan ku tidak menjadi seperti yang telah aku rancangkan.. masih mencari solusi terbaik dalam setiap tindakan.. Bisikan hati menjadikan aku kadang2 kuat dan lemah.. Betullah.. semakin kita terikat dengan dunia.. semakin dunia menjadi yang sering kita fikirkan.. semakin hati kita terasa hilang dan KOSONG.. namun.. seringkali ku bisikkan di dalam hati.. ALLAH adalah tujuan dan matlamat utama.. apa-apapun masalah dan ujian yang kita tempuhi.. Kembalikanlah semuanya kepada pemilik segala-galanya.. ALLAH..


Aku ingin kuat... 


No comments:

Post a Comment