Sunday 22 January 2012

UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA


YA ALLAH..... YA RAHMAN..... YA RAHIM....

KIRANYA ENGKAU MEMPERTEMUKAN KAMI UNTUK MENDIDIK DIRI KAMI AGAR LEBIH MENYAYANGIMU, MAKA HANYA ENGKAU YANG MAMPU MEMBAWA HATI-HATI INI BERTAUT MENYUSURI JALAN MENCARI CINTAMU.. MENGHARAP MAGHFIRAHMU.. JANGANLAH ENGKAU PISAHKAN HATI-HATI INI DI KALA RINDU DAN SAYANG KAMI BELUM CUKUP UNTUK MELAMAR REDHA DAN CINTAMU... AMIN...

SALAM MAHABBAH ILA MAARDHOTILLAH...

Monday 16 January 2012

SATU LANGKAH




MELANGKAH DENGAN PENUH HARAP..
MENAGGIH MENTARI PAGI DI KALA MALAM YANG GELAP..
APAKAH MAMPU KU GAGAHKAN LANGKAH TANPA MERATAP
TERUS BERLALU TANPA CAHAYA YANG MALAP..

HARI BARU MENJANJIKAN HARAPAN DAN RAHMAT..
POSITIFKAH AKU UNTUK MENJALANINYA TANPA LEKA SESAAT..
HANYA YANG PEKA AKAN TERSELAMAT..
DARI GODAAN SYAITAN YANG SERING MENYEKAT..

TERUSKAN PERJUANGAN.. ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA KITA... (^_^)

Wednesday 11 January 2012

Malam Kunci Takluki Dunia

Sebelum mata terpejam...
sebelum diri belayar ke alam mimpi..
sebelum lena menggamit rindu...
sebelum hati pergi meninggalkan hari...

mungkin esok ku telah tiada.. 
mungkin esok ku pergi tanpa berita...
mungkin esok ku resah tanpa menyapa..
semoga perancangan yang ESA terbaik untuk semua..

Perkongsian untuk semua...

Kunci untuk kita sama-sama menakluki dunia adalah ilmu... Tp, ilmu sahaja tidak berguna tanpa pengetahuan dan kemahiran...
analoginya kunci sahaja tidak akan berguna sekiranyam padlock dan besi kunci tiada..

apa2pun.. Semua Ilmu adalah milikNYA.. berusaha sambil meminta dengan sepenuh hati..
raih ilmu seluas lautan kerana ilmu ALLAH melangit luas..


Ops..

DUB.... terpanah dengan kata-kata penceramah dalam Kuliah Maghrib nie..


Hurm.. Betul gak kan...


Mengapa kita boleh ada masa untuk menghafal lagu-lagu ataupun skrip filem dan drama tapi tidak untuk surah-surah dalam AL-QURAN..


Jom beramal kerana ALLAH... (^_^)

Monday 9 January 2012

RESAH..

 Jangan resah...
Andai ada yang membenci... 
Andai ada yang tidak berpuas hati.... 
Andai ada yang tidak menyenangi.... 
Kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia... 
Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat kelak...

Nabi SAW bersabda "Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya.

MERENUNG DIRI MENGINSAFI PERIBADI..

Sunday 8 January 2012

SAYANG SETULUS HATI

Detik dan saat mengisi waktu... 
Hati terasa disapa perasaan sayu dan rindu..
Lalu minda ralit mengimbau kenangan mengulit kalbu.. 

Sungguh... 
Aku rindu..
wajah-wajah penyejuk hatiku..

Nukilan kasih buat keluarga tercinta



Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.


Terima kasih ALLAH kerana memberikan aku kesempurnaan kebahagiaan dunia yang indah ini...

Friday 6 January 2012

Hari ini...

Alhamdulillah.... 
tersenyum melihat dunia.. 
Terima kasih ALLAH kerana memberi peluang kepada hambamu ini untuk terus bermujahadah untuk menggapai redha dan cintamu di dunia yang fana nie....

Buat keluarga yang sentiasa dirindui...
kasih menggunung terpendam tanpa aku sedari..
menanti saat ketika untuk kita berkumpul kembali..

Buat sahabat2 yang sentiasa di hati..
Mafkanlah atas segala kekurangan diri...
kusedari dan kuinsafi atas semua yang terjadi..
moga kasih kita bersemi abadi...