Monday 18 June 2012

ErmMM.... Untuk "dia"??????

Assalamu'alaikum.... Teristimewa buat dia yang tercipta untukku.... (^_^)
        Jari terasa kekok untuk memulakan entri nie.. hahaha... hari nie tambah beberapa label untuk 'post-post' blog.. salah satunya ialah label untuk "dia"... entri-enti yang akan datang dgn label ini adalah untuk "dia" semata.. andainya insan lain yang membaca.. moga-moga kalian juga dapat sesuatu daripadanya. mungkin boleh menguatkan kasih dan cinta pada c "dia" pemilik cinta kita selepas ALLAH dan Rasulullah... mungkin juga boleh memberikan motivasi pada insan yang masih menanti kehadirannya.. Usah gundah duhai hati.. ALLAH pasti memberikan yang terbaik untuk kita...

       Semoga langkah pertama ini diiringi dengan restu dan redha ilahi.. Jauhkan kami dari kemurkaan mu ya ALLAH.. peliharalah hati kami agar sentiasa "segar" dengan cinta kepadaMU dan Rasulullah... ruangan ini tiada lainnya hanya untuk memberikan sedikit waktu untuk aku melabuhkan cinta dan doa untuk insan yang telah ENGKAU ciptakan untukku dengan cara yang sebaiknya.. aku tidak mahu luahan kalbu ini aku labuhkan kepada insan yang salah atau tidak sepatutnya.. (latih diri untuk lebih bersedia menerimanya dengan sebaik-baik penerimaan...)
       Semoga "dia" kelak x letih untuk membaca entri2 yg sememangnya hanya untuk "dia". InsyaALLAH entri-entri dalam label ini akan kutapis sebaiknya dan hanya memuatkan entri2 yg perlu sahaja. Selebihnya will be kept and publish live to him only after akad... (^_^)
       Rasional kenapa aku meng'ada'kan label ini :
1) 1 pemberian @ hadiah untuknya : untuk dia tahu ap yg aku pernah fikir tntang "dia"
2) Elak diri dari terjebak dengan perkara yang boleh mengundang kemurkaan tuhan
3) Elak diri dari mengkhianati setiap haknya yang sememangnya hanya untuk dia. Jaga untuk dia. :-)

Saturday 9 June 2012

Suka No. 7!!! (^_^)

Setiap orang ada favourite number  masing-masing... akupun ada jugak.. suka sangat dengan nombor nie.. Orang lain mungkin suka sesuatu nombor tu sebab nombor tu ada kaitan dengan tarikh lahir, bilangan adik beradik, bilangan jari kaki dan tangan atau yang sewaktu dengannya... ish2.... uniknya manusia.. hihi..
aku plak???? suka NO.7... bukan sebab no nie no beckam tau.. tapi memang aku suka no nie...



Sebab lain kenapa aku suka nombor nie... Sebabnya ada rahsia agung antara Sang KEKASIH dengan nombor nie... tidak mampu terungkai dengan akal nan sejengkal.. tidak juga terbongkar dengan ilmu yang hanya ada di dalam buku mahupun kitab semata.. Hanya DIA yang tahu.. ALLAH swt...

buktinya:

ALLAH jadikan perjalanan hidup manusia dengan 7 alam..
ALLAH jadikan langit dan bumi dengan 7 lapisan
ALLAH jadikan hari sebanyak 7 hari seminggu..
ALLAH jadikan air muthlak dengan 7 jenis..
ALLAH jadikan Syurga dan neraka dengan 7 tingkatan..
ALLAH mensyariatkan beberapa rukun haji dengan melazimkan no. 7..
7 pusingan tawaf.. Bersa'i 7 kali.. 7 batu bagi setiap balingan semasa lontaran Jamrah al-aqabah, ula dan Wusta..
7 anggota solat yang wajib disempurnakan semasa sujud sebagai syarat sah solat,

Mudah kata, kebanyakkan ibadah mahupun ciptaanNYA selalu ada kaitannya dengan No.7.... hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di sebalik nombor ini. hikmat dan rahsia ni pula memang sewajarnya dikembalikan kepada kita.. ALLAH menciptakan 7 perkara dan menghiasinya pula dengan tujuh perkara.. saling melengkapi dan sempurna tanpa sebarang cacat ataupun cela.. bukti kebesaran ALLAH bagi insan-insan yang berfikir. Sempurnanya zat Maha Pencipta..


ALLAHUAKBAR... Segala puji hanya untukNYA...


Thursday 7 June 2012

PeNgAkUaN


yang maha dekat.. dekat di hati dan selalu ada.. Ada untuk kita.. Kita??? adakah kita selalu ada untukNYA...?

dekatnya DIA umpama dekatnya jarak urat diri sendiri... kasihnya DIA melebihi kasih Ibu sendiri.. Tahunya dia  kerana dialah pengatur dan perancang ciptaannya sendiri.

Kenapa diri selalu terleka... kenapa diri sering teralpa.. Kenapa diri kerap kali terlupa..
PENGAKUAN sang penggoda.. janjinya untuk menyesatkan kita hinggalah ke akhir dunia..

Jom kita usaha bersama-sama!! ingat janji ALLAH sentiasa bersama kita... baca dan fahami PENGAKUAN ini dan sama-samalah kita bertindak memilih jalan yang selayaknya untuk diri kita sendiri..



Surah Ibrahim 14:22
Dan SYAITAN berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan,"Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya.Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, Oleh sebab itu janganlah engkau mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan ALLAH) sejak dahulu." Sungguh orang yang zalim akan mendapat siksa yang pedih.


Pengakuan ini tercatat dalam surat cinta ALLAH kepada kita. sedangkan Syaitan sendiri tidak membenarkan perbuatan kita mendua atau menyamakan sang pencipta dengan lainya. Jangan biarkan diri kita termakan hasutannya.. jangan kita biarkan diri kita melakukan ajakkannya...


Kukuhkan benteng akidah. rebutlah cinta ALLAH dengan menjauhi godaannya. tujuan sang penggoda tiada lain hanya untuk menjadikan kita sesat sepertinya.. Kita x mahukan......

ALLAH pesan dalam surah Al-A'raf 9:200
Dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah dengan ALLAH. Sungguh DIA Maha Mendengar, Maha Mengetahui.


P/S selain dengan tindakan, lazimkanlah lidah kita untuk mengucap :


Aku berlindung kepada ALLAH daripada gangguan syaitan yang direjam..