Saturday 9 June 2012

Suka No. 7!!! (^_^)

Setiap orang ada favourite number  masing-masing... akupun ada jugak.. suka sangat dengan nombor nie.. Orang lain mungkin suka sesuatu nombor tu sebab nombor tu ada kaitan dengan tarikh lahir, bilangan adik beradik, bilangan jari kaki dan tangan atau yang sewaktu dengannya... ish2.... uniknya manusia.. hihi..
aku plak???? suka NO.7... bukan sebab no nie no beckam tau.. tapi memang aku suka no nie...



Sebab lain kenapa aku suka nombor nie... Sebabnya ada rahsia agung antara Sang KEKASIH dengan nombor nie... tidak mampu terungkai dengan akal nan sejengkal.. tidak juga terbongkar dengan ilmu yang hanya ada di dalam buku mahupun kitab semata.. Hanya DIA yang tahu.. ALLAH swt...

buktinya:

ALLAH jadikan perjalanan hidup manusia dengan 7 alam..
ALLAH jadikan langit dan bumi dengan 7 lapisan
ALLAH jadikan hari sebanyak 7 hari seminggu..
ALLAH jadikan air muthlak dengan 7 jenis..
ALLAH jadikan Syurga dan neraka dengan 7 tingkatan..
ALLAH mensyariatkan beberapa rukun haji dengan melazimkan no. 7..
7 pusingan tawaf.. Bersa'i 7 kali.. 7 batu bagi setiap balingan semasa lontaran Jamrah al-aqabah, ula dan Wusta..
7 anggota solat yang wajib disempurnakan semasa sujud sebagai syarat sah solat,

Mudah kata, kebanyakkan ibadah mahupun ciptaanNYA selalu ada kaitannya dengan No.7.... hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di sebalik nombor ini. hikmat dan rahsia ni pula memang sewajarnya dikembalikan kepada kita.. ALLAH menciptakan 7 perkara dan menghiasinya pula dengan tujuh perkara.. saling melengkapi dan sempurna tanpa sebarang cacat ataupun cela.. bukti kebesaran ALLAH bagi insan-insan yang berfikir. Sempurnanya zat Maha Pencipta..


ALLAHUAKBAR... Segala puji hanya untukNYA...


1 comment: