Monday 7 November 2011

UJIAN

SESEKALI KITA AKAN DIUJI...
inspirasi sebuah lagu..


Apa jua bala bencana yang singgah menerpa kamus kehidupan kita.. ianya sebenarnya bertujuan untuk Menguji sejauh mana besarnya kesabaran kita... ianya juga tidak lain bertujuan untuk menguatkan hati kita..Mungkin juga selama ini kita terlupa dan terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya..Maka ALLAH mengurniakan kita sedikit ujian bagi membuktikan tahap keimanan yang telah bertapak dijiwa.. lazimnya, Bila kita menghadapi kesusahan, Terasa hidup terlalu payah.. kita menjadi lemah dan tidak berdaya.. pastinya, Berbagai-bagai persoalan yang akan menerjah kotak fikiran dan minda.. pada masa itu, kita akan berusaha merungkai segala kekusutan dengan meminta pertolongan berupa petunjuk hidayah daripada maha pencipta.. ALLAH... DIA tidak pernah jauh dan sentiasa menjadi pendamping setia kita... begitulah Kasih ALLAH kepada kita.. Jadi, wahai diri dan juga sahabat-sahabatku.. Usahlah kita berputus asa.. Kuatkan diri dan hati.. Kerana pastinya ada rahmat disebalik ujian yang kita lalui Yang masih tidak kita ketahui Dalam hidup ini..
Teruslah berdoa Pada Allah yang Pengasih…Pemurah dan Penyayang

I LOVE ALLAH.. (^_^)

No comments:

Post a Comment