Monday 8 November 2010

MENCARI KEKASIH

Wah... aku suka tajuk nie... harap-harap yang membaca pun suka gak dengan tajuk post aku kali ini.. hehehe

Nak dimulakan cerita, sebenarnya tajuk nie bukanlah saja-saja aku buat atau reka.. hujung bulan lepas, Biro kebajikan kolej kadiaman tempat aku 'stay' sekarang nie, telah menganjurkan "Ceramah Mencari Kekasih". Ustaz Anhar Opir yang sampaikan...

Ceramah nie memang bez... tengok tajuklah... sapa yang x tertarik kan... hehehe
malam ceramah nie, memang sangat meriah.. 'venue' jadi sesak.. ramai penghuni yang turun...
Alhamdulillah...ramainya hati-hati yang turun pada malam tu membuktikan yang 'kami'(pnghuni kolej) ada naluri ingin tahu... semoga naluri 'ingin tahu' nie akan dilestarian bersama dengan naluri 'mahu'... mahu untuk buat apa yang telah ditahu... (faham x? kalu x, baca sekali lagi...(^_^) hehe)

Erm... Jom mulakan perkongsian... ( hadiah 'special' bwat yang membaca) sekadar perkongsian apa yang telah aku dapat malam 2..

Dalam mencari cinta dan kekasih, jangan kita disibukkan dengan memikirkan untuk 'membuat pilihan' sebaliknya fikirkanlah jalan yang kita pilih untuk mendapatkannya.. Adakah jalan yang kita pilih betul atau sebaliknya..? adakah jalan yang kita pilih adalah jalan yang sebenarnya dalam mendapatkan cinta yang hakiki...

Cinta tidak salah selagi mana cinta yang dizahirkan atau tidak itu tidak melebihi cinta kita kepada ALLAH, Rasulullah dan Jihad untuk Islam..  Dalilnya.. jom buka surat cinta dari ALLAH.. surah al-taubah 9:24..
"Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada ALLAH, dan Rasul-NYA, dan Jihad untuk agama-NYA, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusan-NYA(azab seksa-NYA) kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasiq(derhaka)." ...Allahuakbar.. begitulah surat cinta-NYA.. bertapa DIA sayang dan cinta kepada kita... DIA memberikan petunjuk yang jelas bagaimana untuk kita melestarikan cinta... hehehe.. Alhamdulillah..

Kesimpulannya, Jom cari kekasih!!! hehehe.. apa yang paling penting sekarang nie.. kita kenalah susun kekasih kita mengikut 'ranking' yang betul....... (^_^)

Ranking Cinta...
1. ALLAH swt
2. Rasulullah saw
3. Jihad ke jalan ALLAH
4. Manusia
5. Lain-lain

Sekian. Salam sayang kerana ALLAH buat yang membaca....

1 comment:

  1. akhirnya...welcome to be a blogger Lai.best bace intro blog Lai.suke suke....keep it up yea.

    ReplyDelete