Sunday 7 November 2010

Watikah perasmian...


Dengan lafaz mulia disertai tekad dan niat mengharapkan redha ilahi....
blog ini dengan rasminya aku aktifkan.... (hehehe)

ALHAMDULILLAH..
 Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat, doa kudus buat keluarga, sahabat-sahabat, pendidik-pendidik dan juga kenalan yang aku kasihi kerana ALLAH.. Semoga hati-hati kita sentiasa dalam payungan rahmat yang maha kuasa..

ALHAMDULILLAH..
diri diberikan nikmat dan kesempatan untuk membuat blog sendiri.. terima kasih buat kak hafiza yang banyak memberikan tunjuk ajar dan galakkan untuk aku memulakan penulisan di blog ini.(sayang kak aa)

Harapanku dengan adanya blog ini, aku akan dapat meningkatkan jati diriku sebagai hamba ALLAH...
blog ini juga akan menjadi kayu ukur untuk aku meningkatkan kefahamanku tentang erti hidup yang sebenarnya.....
hidupku sebagai hamba ALLAH..
hidupku sebagai umat Muhammad s.a.w..
hidupku sebagai anak kepada ibu bapa..
hidupku sebagai ahli kepada keluaraga..
hidupku sebagai sahabat...
hidupku sebagai anak didik..
hidupku sebagai anggota kepada masyarakat..
hidupku sebagai bakal pendidik...
hidupku sebagai bakal isteri..
hidupku sebagai bakal ibu..
hidupku dan hidupku... (wah... nak sambung lagi ke? hehehe..)
insyaALLAH kefahaman ini akan kita eksplore bersama.. selagi mana diri ini diberikan kesempatan hidup di muka bumi ALLAH yang maha fana ini..

Benarlah apa yang pernah dikatakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal..
"Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan.... Perjuangan mukmin sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya telah menginjak pintu syurga..." (insyaALLAH sama-samalah kita berusaha untuk menjadi mukmin sejati...)

erm.. sekian saja buat post watikah perasmian pengaktifan blog nie... (hehehe)
Terima kasih sebab membaca..

No comments:

Post a Comment