Saturday 25 June 2011

Siang...

siang..
terasa berlalu dengan pantas..
tidak terjengah dengan mudah..
tidak terzahir dengan semena..
berlalu dengan menggamit pelbagai rasa..

siang...
perginya dengan tenang..
meninggalkan aku bersendirian...

siang...
aku ingin menjadi sepertimu...
sentiasa tenang walaupun terpaksa datang dan pergi setiap hari...
setia memegang amanah yang diberi oleh sang kekasih.. 

siang...
berikanlah aku peluang memanfaatkanmu sepenuhnya..
didiklah diri ini untuk menghargaimu tanpa mengira waktu dan ketika..
jadikanlah aku sebagai hamba yang amanah dan setia sepertimu..



1 comment:

  1. kuatkan hati wahai sahabat-sahabat yang ku kasihi sekalian..........

    ReplyDelete