Saturday 8 October 2011

KASIHMU ABADI





RINDU.... tiada lafaz yang mampu ku ungkapkan untuk ku menyatakan bertapa aku rindu pada mereka. semangat dan dorongan daripada mereka menjadikan aku teguh berdiri sehingga kini. meskipun pelbagai ranjau berduri dan dugaan hidup yang harus ku jalani. aku redha.. MAK.... ADIK RINDU SANGAT KAT MAK..

Semoga kehidupan dunia yang sering menjadikan manusia leka ini tidak menjadikan aku lupa dengan kasih abadi mereka berdua. amanah yang dipikul kini harus ku laksanakan sebaiknya. tiada harta mahupun perkara yang bernilai dapatku berikan sebagai galang ganti kepada jasa pengorbanan dan titik peluh mereka membesarkan aku dan adik beradik yang lain selain daripada berusaha sebaiknya untuk memajukan diri dan membuat mereka bangga mempunyai anak seperti kami.

YA ALLAH.. berikanlah peluang kepada kami untuk membahagiakan mereka berdua.. limpahkanlah kasih dan redhamu ke atas kami semua. jadikan kami hambamu yang tawaduk dan saling kasih mengasihi keranaMU. sejahterakan hidup kami sekeluarga.

No comments:

Post a Comment